Pages

MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

Kain ini terkena najis Mukhoffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikan kain ini.

Percikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis.

Kaki anda terkena najis Mutawassitah. Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh bahagian yang terkena najis itu dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasanya.

Dilantai ini terdapat najis Mughollazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh tujuh kali. Basuhan yang pertama dengan air tanah dan enam kali berikutnya dengan air mutlak.

Beristinjak

Cara beristinjak dengan menggunakan batu:

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.

Cara beristinjak dengan air:

Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih.

RUKUN IMAN

1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman Kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Kitab.
4. Beriman kepada Rasul.
5. Beriman kepada Hari Akhirat.
6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

Bagaimana yang dikatakan beriman kepada Allah?

Mengaku bahawa Allah SWT wujud, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

Bagaimana pula beriman kepada;

1. Malaikat
2. Kitab
3. Rasul
4. Hari Akhirat
5. Qada dan Qadar

1. Beriman kepada malaikat: Mempercayai bahawa malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah SWT.

2. Beriman kepada Kitab: ialah mempercayai bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya. Kitab-kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.

3. Beriman kepada Rasul: Mengakui bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lekai-laki dan mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.

4. Beriman kepada Hari Akhirat ialah: Meyakini bahawa alam ini akan musnah, selepas itu manusia akan dihidupkan semula. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang engkar perintah Allah ditempatkan di neraka.

5. Beriman kepada Qada dan Qadar: Meyakini bahawa semua yang berlaku ke atas diri kita bahkan seluruh alam ini telah ditentukan oleh Allah

Rukun Islam

1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa bulan Ramadhan.
5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

Rukun Islam adalah perkara sangat penting yang wajib dilaksanakan supaya seseorang itu menjadi muslim yang sejati.

Ibadat-ibadat yang terkandung dalam rukun Islam itu menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.

Doa selepas azan dan Iqamah

Iqamah

1. Berdiri dan menghadap kiblat
2. Menyebut lafaz iqamah :

menjawab Iqamah secara perlahan satu per satu sehingga akhir.
menjawab Iqamah sama seperti menjawab azan. Kecuali pada kalimah:

Azan

PERINGATAN:
1. Sunat Tarji', iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah:

sebelum mengalunkannya dengan kuat.

2. Dalam azan subuh hendaklah ditambah kalimah:

selepas mengalunkan kalimah:

menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.
Jawapan azan adalah sama seperti lafaz yang dialunkan oleh Muazzin, kecuali pada:

CARA MANDI WAJIB

(Mengangkat Hadas Besar)

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah :

1. keluar mani
2. haid
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah (bersalin)
5. Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
6. Mati, selain mati syahid

Cara mandi wajib ialah :

• Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
• Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
• Ambil wuduk.
• Sebut lafaz niat










• Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"
• Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
• Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

BERTAYAMUM

Cara bertayamum ialah:
• Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
• Mengadap kiblat.
• Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
• Menyebut lafaz niat tayamum seperti




• Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
• Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu yang disediakan.
• Menyapu debu kemuka.

Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.

• Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
• Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka, kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
• Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
• Seterusnya melurutkan ibu jari kiri ke belakang ibu jari kanan.
• Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari tangan kiri. Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
• Menyelati jari kanan dan kiri.

CARA BERWUDUK

Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

• Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.
• Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
• Berkumur tiga kali
• Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
• Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:

• Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".
• Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
• Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
• Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
• Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
• Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.

SOLAT FARDU

1. Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isya'
2. Takbiratul ihram.
3. Doa Iftitah
4. Surah Al Fatihah
5. Surah (pilihan)
6. Bacaan ketika ruku'
7. Bacaan i'tidal
8. Bacaan sujud.
9. Bacaan duduk antara dua sujud
10. Bacaan tahiyat
11. Salam
12. Bacaan Qunut

Bacaan-bacaan lafaz niat solat lima waktu ialah:
Lafaz niat solat subuh:


Ertinya: "sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat zuhur:


Ertinya: "sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat asar:


Ertinya: "sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat maghrib:


Ertinya: "sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat Isya':


Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isya' empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

Bacaan Takbiratul ihram ialah:


Bacaan Doa Iftitah ialah:


Bacaan Surah al Fatihah ialah:


Bacaan surah (contoh):



Bacaan Ruku':


Bacaan I'tidal:


Bacaan Sujud:


Bacaan duduk antara dua sujud:


Bacaan Tahiyat:
Tahiyat Awal ialah:


Tahiyat akhir; seperti bacaan di atas dan disambung dengan bacaan berikut:


Bacaan salam:


Bacaan Doa Qunut:


Kaifiyat(Cara-cara) mendirikan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di bawah. Contoh Solat Zuhur:

1. Berwuduk
2. Menutup Aurat
3. Mengadap kiblat
4. Berdiri bagi orang berkuasa

Rakaat pertama

1. Menyebut lafaz niat (rujuk di atas)
2. Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat beserta dengan niat "sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah Taala"
3. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
4. Membaca doa Iftitah.
5. Membaca surah Al-Fatihah.
6. Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
7. Takbir intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti no.2 di atas dan ruku' serta tama'ninah sambil membaca bacaan ruku' 3 kali.
8. Ruku' ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat sujud.
9. I'tidal serta tama'ninah dengan membaca bacaan i'tidal.
10. Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah dengan membaca bacaan sujud.
11. Takbir intiqal dan duduk antara dua sujud secara iftirasy serta tama'ninah dengan membaca bacaan duduk antara dua sujud.
12. Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah seperti no.10 di atas.
13. Takbir intiqal dan bangun dari sujud dan duduk sebentar sekadar tama'ninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.

Rakaat Kedua

1. Membaca Surah al Fatihah
2. Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
3. Melakukan ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua sepertimana rakaat pertama.
4. Takbir intiqal dan duduk Tahiyat Awal secara iftirasy, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Tahiyat Awal. Ketika menyebut "Illa" dalam perkataan , jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
5. Takbir intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan.

Rakaat Ketiga

1. Membaca surah Al Fatihah sahaja.
2. Melakukan ruku', I'tidal, sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua, dan bangun berdiri untuk rakaat yang keempat tanpa mengangkat tangan.

Rakaat keempat

1. Membaca Surah Al Fatihah.
2. Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua.
3. Takbir Intiqal dan dudul tahiyat akhir secara tawaruk, dan membaca Bacaan tahiyat akhir.
4. Mengucap salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap salam kedua sambil memalingkan muka ke kiri.
5. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa:


Glosari:

Tama'ninah ialah berhenti seketika sekadar menyebut subhanallah.

I'tidal ialah berdiri semula selepas ruku' sambil mengangkat tangan, dan kemudian meluruskannya ke bawah.

Sujud ialah menurunkan lutut dahulu kemudian diikuti 2 tapak tangan, jari dirapatkan supaya mengadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.

Iftirasy ialah duduk dengan meletakkan punggung di atas tapak kaki dan mendirikan kaki kanan. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari dirapatkan, manakala hujung jari menyamai paras lutut.

Duduk tawaruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan mendirikan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri di bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jarinya digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri dan jarinya diluruskan dengan hujung jari menyamai lutut.