Pages

CARA MANDI WAJIB

(Mengangkat Hadas Besar)

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah :

1. keluar mani
2. haid
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah (bersalin)
5. Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
6. Mati, selain mati syahid

Cara mandi wajib ialah :

• Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
• Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
• Ambil wuduk.
• Sebut lafaz niat










• Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"
• Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
• Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

3 comments:

  1. terbatal kalau menyentuh kemaluan dan melihat kemaluan

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, mandi wajib tidak akan terbatal sama ada menyentuh kemaluan dan melihat kemaluan.

    Yang akan terbatal ialah wuduk, itu pun dengan menyentuh bahagian pada kemaluan, manakala bagi melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain seperti isteri adalah makruh.

    ReplyDelete
  3. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete